ni aku share kat sume utk majlis diberkati...
Sbg muslim, kita digalakkan utk amalkn sikap wasatiah @ bersederhana. Bajet yg besar bukanlah penentu majlis kita akan diberkati. Sikap bersederhana ini haruslh diaplikasikan drpd sudut terutamanya dlm majlis persiapan majlis persandingan. Buatlah ikut kemampuan diri dan elakkan drpd berhutang semata-mata kerana ingin kelihatan hebat di mata setiap tetamu.
Sudah lumrah, ego manusia mudah tercabar apabila melihat org lain melebihi mereka. Begitu juga dlm urusan majlis persandingan. Semuanya seolah-olah berlumba utk menunjukkan majlis siapa yg lebih hebat. padamkan niat mahu menunjuk-nunjuk kerana kita harus sedar akan niat sbnr majlis persandingan diadakan. Usah terlalu mengikut nafsu shgga sanggup membuat pinjaman berlebihan kerana akhirnya yang susah adalah diri sndr.
Setiap pasangan mahukan yg terbaik bg majlis perkahwinan mereka. Namun dlm pd itu, usah keterlaluan shgga mengabaikan adab dan tertib sbg seorg muslim. Pemilihan busana yang sesuai juga penting dan pilihlah yang menutup aurat. Usah mengenakan busana yg terlalu terdedah kerana ia tdk manis dipandang dan akan menjadi buah mulut tetamu yg hadir. Dlm masa yg sama, Pengantin juga pasti merasa kurg selesa kerana terpaksa berhati-hati.
Tanpa kehadiran tetamu, suasana majlis perkahwinan pasti kurang meriah. Para tetamu ini jugalah yg akan mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan perkahwinan yg baru dilangsungkan. Jadi jemputlah mereka dgn hati yang ikhlas dan berikanlah layanan yg sepatutnya. Jika berkesempatan, bersalam dan ucapkan terima kasih kepada tetamu, mereka akan rasa dihargai manakala perkahwinan anda pula diberkati..
ni je yg aku dpt kongsikn dr bahan bacaan yg aku ada....ayat tu sebijik aku taip dr ape yg ditulis dlm buku....smg ianya dpt dikongsi bersama2 kamu yg membaca....ameen...